Hanya manusia biasa. "Ajari Aku" xD

Khamis, 21 Februari 2013

Melalui Saat Kosong Tanpa Makna

Betapa teruknya perjalanan yang harus aku lalui sekarang. Bukan seperti yang diharapkan. Inilah dugaan yang harus aku terima. Aku tidak pinta semua ini untuk datang, mungkin ia secara kebetulan. 



Bila aku terduduk diam, maka tidak seorang yang menghampiri aku. Ini bukan bermaksud aku terbiar, tetapi aku tidak lagi percaya dengan orang yang harus aku percayai. Dulu aku sentiasa ada teman yang sentiasa memahami, tapi sekarang ? semua membawa haluan masing-masing. Hak setiap orang, aku tak paksa untuk bersama aku. Tetapi sebab mereka, aku sedar. Aku kena kuat. Aku boleh teruskan hidup tanpa mereka. Aku tidak mahu lagi berharap. I'm sorry. Itulah yang terbaik.