Hanya manusia biasa. "Ajari Aku" xD

Ahad, 3 Mac 2013

Batuk + Tekak Luka + Lemah

Dugaan Lagi. Batuk minggu lepas, still tak okey lagi. Ingatkan batuk kahak, then terus pergi klinik UITM. Minta Ubat. MC memang tak dapatlah. *Lupakan nak ponteng kelas*. Hahaha. Dapat ubat batuk, Kumur2, cair kahak and demam. Ingatkan okey bila dah makan ubat. Sekali minum ubat batuk, tido hampir 12 jam. Kumur2 pulak, macam takda kesan. Cair kahak, punyalah pahit. Demam, makan jelah sebab badan lemah. Rupanya makin teruk batuk. :(

Klinik Alam Medic Subang Perdana

Semakin hari, teruk pulak batuk. Macam nak mati bila batuk, sampai keluar air mata. Tapi yang keluar dari mulut, air liur je. Kahak takde pun. 2-3 ari, tekak mula sakit. Then, sekali itu batuk keluar darah. tapi sikit jela. sah, tekak dah luka. Minum air, still macam tue jugak. Tido pon tak selesa. Sebab sekarang cuaca tak baik, PANAS ! ! Dah tak tahan, terpaksa pergi klinik swasta. Dapat ubat batuk, selesma, demam, & tekak. Total, RM73.00. Huh ? Takpelah, kesihatan lebih penting dari duit. Hope cepat sembuh. Dah tak tahan sengsara penyakit macam ney. T_T.




Khamis, 21 Februari 2013

Melalui Saat Kosong Tanpa Makna

Betapa teruknya perjalanan yang harus aku lalui sekarang. Bukan seperti yang diharapkan. Inilah dugaan yang harus aku terima. Aku tidak pinta semua ini untuk datang, mungkin ia secara kebetulan. 



Bila aku terduduk diam, maka tidak seorang yang menghampiri aku. Ini bukan bermaksud aku terbiar, tetapi aku tidak lagi percaya dengan orang yang harus aku percayai. Dulu aku sentiasa ada teman yang sentiasa memahami, tapi sekarang ? semua membawa haluan masing-masing. Hak setiap orang, aku tak paksa untuk bersama aku. Tetapi sebab mereka, aku sedar. Aku kena kuat. Aku boleh teruskan hidup tanpa mereka. Aku tidak mahu lagi berharap. I'm sorry. Itulah yang terbaik. 


Rabu, 30 Januari 2013

Maaf Ku Mencintaimu. . . . .


Kisah sebuah percintaan bertepuk sebelah tangan. Anda pernah mengalaminya ?

Aku sendiri pernah mengalaminya. Bukan mudah untuk terima apa yang terjadi. Aku sedar, mungkin aku terlalu berharap. Rupanya, ia berhenti di tengah jalan. Bila kita mula menyayangi seseorang, tapi apa yang terjadi, sebaliknya. seolah-olah kita tidak dihargai. Kadang-kala, kita harus terima walaupun pahit sebab ia berlaku semuanya dari keputusan kita sendiri. Jangan menyalahi sesiapa dan jangan mengalah. Dugaan mengajar kita erti kesabaran dan sentiasa berhati-hati. Aku tahu, kau ada orang lain sekarang. Tumpang gembira sekali. Pilihan kau dan aku rasa, itu yang terbaik. Jangan buat si dia macam aku. "Hargai orang selagi ada orang menghargai anda, Jangan menghargai orang bila orang dah tak peduli". Tak mahu panjang cerita, aku sudah selesa dengan keadaan sekarang. Walau kadang-kala teringat kau, mungkin hanya sebagai sahabat. Tidak lebih dari itu. 

Walau rasa sakit hati, tapi hanya mampu berkata 'Maaf Ku Mencintaimu'. Pernah dengar ayat tu ? mestilah. Lagu by Fazley yaakob. Bila dengar, anda akan rasai sesuatu. Mungkin kekecewaan ? Kesedihan ? Kenangan bersama ? Jika kegembiraan, mungkin anda seorang yang tiada perasaan. Walau semua sudah berlalu, tapi automatik fikiran kita akan kembali segar mengingati si dia. Aku terlalu sayang dia ! Bukan mudah memberi sesebuah cinta. Cinta bukan permainan. Semua tahu, percintaan adalah lumrah manusia dalam hidup. Jangan kata, bila kita bersoal cinta. Orang akan kata "Eh, Jiwangnya". sebenarnya kita perlu tahu, cinta itu sebahagian dalam hidup kita. Tidak semestinya kepada pasangan, tapi untuk semua. Kita akan melalui perkara yang sama tapi berbeza situasi. Mungkin sekarang aku ! Tak tahu, esok. lusa. hari anda pulak. 

Layan dulu lagu "Maaf Ku Mencintaimu"
http://www.youtube.com/watch?v=G5EZbvgE7dw

p/s : Abaikan perlahan-lahan perkara yang dah pergi. 





Semua akan berlalu pergi . . . . .


Tak sedar, terlalu banyak kenangan manis dan pahit yang dirasai melalui kehidupan. Bukan mudah sebenarnya perjalanan kita setiap saat, minit atau jam. Tapi itu bukan alasan untuk mengalah dengan masa. Dalam hidup, duri-duri tajam itulah membuat kita sentiasa berfikir dan matang. Jangan terlalu berfikir negatif dan seharusnya kita sentiasa mahu pada positif. Semua orang nak yang baik. Apa jua yang terjadi, kita harus jadi kuat. Jangan lemah untuk selamanya, biarlah ia hanya sementara. Sekeliling kita sentiasa ada masalah yang mahu menghampiri. Jangan terlalu lalai. Bak kata peribahasa " Sediakan payung sebelum hujan ".