Hanya manusia biasa. "Ajari Aku" xD

Rabu, 30 Januari 2013

Semua akan berlalu pergi . . . . .


Tak sedar, terlalu banyak kenangan manis dan pahit yang dirasai melalui kehidupan. Bukan mudah sebenarnya perjalanan kita setiap saat, minit atau jam. Tapi itu bukan alasan untuk mengalah dengan masa. Dalam hidup, duri-duri tajam itulah membuat kita sentiasa berfikir dan matang. Jangan terlalu berfikir negatif dan seharusnya kita sentiasa mahu pada positif. Semua orang nak yang baik. Apa jua yang terjadi, kita harus jadi kuat. Jangan lemah untuk selamanya, biarlah ia hanya sementara. Sekeliling kita sentiasa ada masalah yang mahu menghampiri. Jangan terlalu lalai. Bak kata peribahasa " Sediakan payung sebelum hujan ".




Tiada ulasan:

Catat Ulasan