Hanya manusia biasa. "Ajari Aku" xD

Rabu, 30 Januari 2013

Maaf Ku Mencintaimu. . . . .


Kisah sebuah percintaan bertepuk sebelah tangan. Anda pernah mengalaminya ?

Aku sendiri pernah mengalaminya. Bukan mudah untuk terima apa yang terjadi. Aku sedar, mungkin aku terlalu berharap. Rupanya, ia berhenti di tengah jalan. Bila kita mula menyayangi seseorang, tapi apa yang terjadi, sebaliknya. seolah-olah kita tidak dihargai. Kadang-kala, kita harus terima walaupun pahit sebab ia berlaku semuanya dari keputusan kita sendiri. Jangan menyalahi sesiapa dan jangan mengalah. Dugaan mengajar kita erti kesabaran dan sentiasa berhati-hati. Aku tahu, kau ada orang lain sekarang. Tumpang gembira sekali. Pilihan kau dan aku rasa, itu yang terbaik. Jangan buat si dia macam aku. "Hargai orang selagi ada orang menghargai anda, Jangan menghargai orang bila orang dah tak peduli". Tak mahu panjang cerita, aku sudah selesa dengan keadaan sekarang. Walau kadang-kala teringat kau, mungkin hanya sebagai sahabat. Tidak lebih dari itu. 

Walau rasa sakit hati, tapi hanya mampu berkata 'Maaf Ku Mencintaimu'. Pernah dengar ayat tu ? mestilah. Lagu by Fazley yaakob. Bila dengar, anda akan rasai sesuatu. Mungkin kekecewaan ? Kesedihan ? Kenangan bersama ? Jika kegembiraan, mungkin anda seorang yang tiada perasaan. Walau semua sudah berlalu, tapi automatik fikiran kita akan kembali segar mengingati si dia. Aku terlalu sayang dia ! Bukan mudah memberi sesebuah cinta. Cinta bukan permainan. Semua tahu, percintaan adalah lumrah manusia dalam hidup. Jangan kata, bila kita bersoal cinta. Orang akan kata "Eh, Jiwangnya". sebenarnya kita perlu tahu, cinta itu sebahagian dalam hidup kita. Tidak semestinya kepada pasangan, tapi untuk semua. Kita akan melalui perkara yang sama tapi berbeza situasi. Mungkin sekarang aku ! Tak tahu, esok. lusa. hari anda pulak. 

Layan dulu lagu "Maaf Ku Mencintaimu"
http://www.youtube.com/watch?v=G5EZbvgE7dw

p/s : Abaikan perlahan-lahan perkara yang dah pergi. 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan